Pekerja pembersihan maut digilis lori sampah ketika bertugas

SEORANG pekerja pembersihan maut selepas digilis lori sampah yang dipandu rakan sekerjanya ketika melakukan kerja kutipan sisa pepejal di Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Zaidi Ibrahim, 45, dipercayai terjatuh dari bahagian lori ketika kenderaan itu mula bergerak selepas selesai mengutip sisa pepejal dari sebuah rumah berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.18 pagi.

Menurutnya, seramai lima anggota digerakkan ke lokasi dan mendapati seorang lelaki berada di bawah lori sampah sebaik tiba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pasukan bomba turut menjalankan kerja pembersihan di lokasi selepas mangsa dikeluarkan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here