Pemandu lori Malaysia ditahan seludup 62,000 peranti pemanas tembakau

SEORANG pemandu lori warga Malaysia ditahan selepas pihak berkuasa Singapura menemukan 62,000 peranti pemanas tembakau dan 3,600 komponen vape yang disembunyikan dalam muatan lori di Pusat Pemeriksaan Woodlands, 11 November lalu.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam kenyataan memaklumkan, barangan itu disembunyikan di dalam kotak yang dibawa menggunakan lori bernombor pendaftaran Malaysia.

Menurut kenyataan itu, rampasan dilakukan selepas pegawai ICA mengesan kejanggalan pada imej imbasan lori berkenaan sebelum mengarahkannya menjalani pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut menemukan produk tembakau jenis ‘heat-not-burn’ serta komponen peranti vape, termasuk pod dan kartrij yang disembunyikan dalam muatan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Pemandu lori berusia 40 tahun itu ditahan, manakala barangan rampasan diserahkan kepada Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) untuk tindakan lanjut.

Singapura mengamalkan pendekatan sifar toleransi terhadap penggunaan vape, dengan pengimportan, pemilikan dan penggunaan peranti rokok elektronik dilarang di bawah undang-undang negara itu.

Individu yang melanggar peraturan berkenaan boleh berdepan tindakan pendakwaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here