Pemandu lori tangki meninggal dunia ketika berhenti di lampu isyarat

SEORANG pemandu lori tangki ditemui meninggal dunia ketika berhenti di lampu isyarat di hadapan Kilang Lam Research, Kulim, semalam.

Mangsa, Abdul Haris, 62, yang beralamat di Melaka, dipercayai disangka tertidur di dalam kenderaannya sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai seorang pemandu lori tangki yang tidak sedarkan diri pada jam 6.46 petang.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa sedang berhenti di lampu isyarat di lokasi berkenaan.

“Hasil temu bual dengan pengguna jalan raya di kawasan itu, pemandu lori didapati tidak sedarkan diri dan berkemungkinan tertidur ketika menunggu lampu isyarat.

“Pemaklum keluar dari kenderaan dan menghampiri lori terbabit untuk mengejutkan pemandunya, namun mangsa tidak bangun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Syamsul berkata, pemaklum memaklumkan lori tangki berkenaan berada di lokasi kira-kira 30 minit sebelum dia menghampirinya.

Katanya, pemaklum kemudian menghubungi ambulans sebelum pegawai perubatan dari Hospital Kulim mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Hasil temu bual dengan anak lelaki mangsa memaklumkan bapanya mempunyai sejarah penyakit kronik iaitu darah tinggi dan kolesterol.

“Hasil pemeriksaan fizikal luaran mendapati tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh mayat,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah Ischaemic Heart Disease Due To Coronary Atherosclerosis, iaitu serangan jantung akibat saluran darah tersumbat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here