Negara kerugian RM277 bilion sepanjang enam tahun akibat gejala rasuah – Azam

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui masalah rasuah di Malaysia masih dianggap serius meskipun banyak kes dengan individu berprofil tinggi berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau berkata, isu rasuah masih dianggap masalah sistemik apabila kerugian akibat ketirisan mencecah RM277 bilion dalam tempoh enam tahun.

“Saya tak tak nak ulang-ulang (sebab) dah banyak kali (cakap). Semua orang tahu dah sistemik. Jadi yang sistemik ni kita perlu banteras, kita perlu uruskan.

“Kalau kita biarkan begitu saja sebagai contoh yang mana sistem berkaitan dengan perolehan yang berkaitan dengan kehilangan wang negara, enam tahun lepas RM277 bilion hilang,” katanya pada Program Podcast Kolar Hitam, Bukan Sekadar Operasi dikendalikan SPRM yang disiarkan dalam YouTube hari ini.

Azam dalam pada itu berkata, tugas membanteras rasuah adalah tanggungjawab semua pihak dan bukannya di atas bahu SPRM semata-mata, namun beliau mengamalkan konsep ‘no wrong door policy‘.

Katanya, seperti dilihat menerusi operasi SPRM sebelum ini, suruhanjaya itu di bawah kepimpinan beliau tidak pernah berkompromi dengan isu rasuah membabitkan mana-mana agensi sekalipun.

There’s no wrong door. Saya ambil (siasat) kerana jenayah yang berlaku ini semua ada kaitan dengan rasuah. Saya tak boleh elak benda ini.

“Sekarang saya kena pengerusikan mesyuarat kebangsaan e-waste (sisa elektronik) dan plastik waste. Kerana peranan SPRM begitu berkesan dan ada keberkesanan dalam tindakan kita,”katanya.

Azam memberitahu, SPRM memainkan peranan besar dalam membanteras isu alam sekitar membabitkan sisa elektronik yang dibawa masuk secara haram walaupun di atas kertas ia merupakan tanggungjawab agensi lain.

“Saya boleh katakan ini (isu e-waste) bukan tanggungjawab saya (SPRM). Tetapi pada saya kalau ini yang diperlukan daripada SPRM saya tidak perlu tolak atau elak. Tindakan yang diambil SPRM nampak berkesan.

“Contoh saya boleh nyatakan tentang e-waste dan tindakan berterusan diambil kepimpinan di bawah SPRM dengan penubuhan Multi Agency Task Force (MATF), dilaksanakan satu tindakan yang efektif di pelabuhan Klang dan terbaharu Op Hazard 3.0,” kata beliau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img