Pemandu maut kereta terbabas rempuh motosikal, tunggul kayu

SEORANG lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah motosikal yang berhenti di bahu jalan dan tunggul kayu di Jalan Mengabang Lekar, Kuala Nerus di Kuala Terengganu awal pagi ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Che Mohd Hquzai Ali, 39, memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Merang, Setiu menghala ke rumahnya di Kampung Maras.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 3.55 pagi berhubung kemalangan maut membabitkan kereta dipandu mangsa dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar motosikal berkenaan yang berhenti di bahu jalan sebelah kiri sebelum terbabas dan melanggar tunggul kayu.

“Kemalangan mengakibatkan Che Mohd Hquzai dari Kampung Maras, Batu Rakit, meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penumpang hadapan kereta yang berusia 45 tahun cedera ringan di muka manakala penumpang belakang berusia 28 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli memberitahu, penunggang motosikal berusia 18 tahun turut cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img