Pemandu maut rempuh lori melintang tengah jalan di Jerantut

SEORANG lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh sebuah lori lain yang berada dalam kedudukan melintang di tengah jalan di Kilometer 24 Jalan Jerantut-Pulau Tawar-Jengka 24 di Jerantut pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Ahmad Shalabay Abdul Hamid, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

ALLAHYARHAM Ahmad Shalabay Abdul Hamid (kiri) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Jerantut-Pulau Tawar-Jengka 24 di Jerantut pagi ini. GAMBAR: Facebook MP Jerantut

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mohd Azahari Mukhtar berkata, kemalangan itu berlaku membabitkan lori Hino LRF dan lori Nissan (Rigid).

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lori Nissan yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun baru selesai membuang pasir di bahu kiri jalan.

“Bagaimanapun lori Nissan berkenaan kemudiannya berada dalam keadaan melintang dan menghalang laluan di lokasi tersebut.

“Mangsa yang sedang memandu lori Hino dari arah Bukit Nikmat dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius manakala pemandu lori Nissan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk proses bedah siasat,” katanya sambil memberitahu kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin dalam hantaran Facebook melahirkan kesedihan berikutan pemergian Allahyarham Ahmad Shalabay.

“Pagi Jumaat yang mulia ini, saya menerima khabar duka. Sahabat saya, Allahyarham Abang Mat Selaban dari Kampung Durian Hijau telah kembali menghadap Ilahi akibat terlibat dalam kemalangan ketika sedang keluar mencari rezeki.

“Saya mengenali arwah sebagai seorang yang peramah, mudah didekati serta merupakan orang kuat Masjid Kampung Durian Hijau yang sentiasa komited dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img