Pemandu Prado rempuh motosikal langgar lampu merah ditahan

PEMANDU Toyota Prado yang dipercayai melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran Emart Tudan, di Miri, Sabtu lalu, ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek dikesan dan ditahan bersama Toyota Prado berkenaan di kawasan Sempadan Sungai Tujoh, Miri.

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan Toyota Prado berdaftar di Brunei dan sebuah motosikal ditunggang wanita tempatan berusia 30-an.

“Siasatan awal mendapati kenderaan itu dipandu lelaki warga asing berusia 30-an dipercayai melanggar lampu merah sebelum merempuh motosikal mangsa dan dipercayai melarikan diri.

“Penunggang motosikal cedera ringan dan dirawat di sebuah klinik swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 malam, 5 September lalu, kemalangan itu turut tular di media sosial, manakala tindakan pemandu yang dipercayai melarikan diri mencetuskan kemarahan warganet.

Mohd Farhan Lee berkata, suspek bersama kenderaan terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk siasatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here