Pemimpin Orang Asli jadi ejen antirasuah menerusi kursus ‘1 Kampung, 1 Pemimpin’

PEMIMPIN masyarakat Orang Asli diseru menjadi ejen utama dan benteng integriti dalam menyebarkan agenda antirasuah serta membanteras salah guna kuasa di peringkat akar umbi.

Langkah itu diperkukuh menerusi Kursus `1 Kampung, 1 Pemimpin’ anjuran Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Rompin yang menghimpunkan seramai 65 peserta daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA).

GAMBAR: SPRM

Ketua Cawangan Siasatan Integriti Badan Awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Siti Halimatus Saadiah berkata, pemimpin masyarakat perlu berani menolak sebarang bentuk rasuah demi kesejahteraan komuniti.

“Pemimpin masyarakat bukan sekadar penggerak komuniti, tetapi juga teladan integriti yang berani menolak rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kepimpinan Berintegriti, Komuniti Sejahtera: Peranan Pemimpin Masyarakat Dalam Mencegah Rasuah’ pada program itu di Rompin, baru-baru ini.

Beliau turut menekankan bahawa pemimpin Orang Asli memikul tanggungjawab besar sebagai penghubung antara masyarakat dengan agensi kerajaan dalam menunjukkan contoh kepimpinan yang beramanah, beretika, dan telus.

Program berkenaan bukan sahaja memperluas pendidikan antirasuah, malah memperkasakan komuniti Orang Asli sebagai rakan strategik SPRM untuk mewujudkan persekitaran yang bebas rasuah dan sejahtera.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here