Pempengaruh didenda RM1,500 cederakan bekas tunang

SEORANG pempengaruh didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas tunangnya bulan lalu.

Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Zamri Syed Zainuddin, 20, serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Anak bongsu daripada lima beradik itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Putri Fasha Felisa Mohd Izhan, 19, di sebuah rumah di belakang Sekolah Raja Bahar, Taman Ehsan, di sini pada jam 5.30 petang, pada 21 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah sewa tertuduh sebelum berlaku pertengkaran yang membawa kepada pergelutan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan lebam pada lengan kanan dan lengan bawah kanan seperti disahkan melalui laporan pegawai perubatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nik Nazriani Nik Ab Rahman.

Sebelum ini, media turut melaporkan keluarga wanita usahawan kosmetik berkenaan bertindak memutuskan pertunangan pasangan terbabit sekali gus perkahwinan yang dirancang selepas Aidilfitri juga dibatalkan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img