Penari bebas tidak mengaku lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki di Beijing

MAHKAMAH Sesyen Seremban hari ini merekodkan pengakuan tidak bersalah seorang penari bebas yang didakwa melakukan amang seksual fizikal dan seks oral terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di sebuah hotel di Beijing, China, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Nazri Lanibi, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa dengan cara melakukan seks oral terhadap remaja berkenaan bagi tujuan seksual di China National Convention Center Grand Hotel, Beijing, sekitar jam 12.30 tengah malam pada Jun 2025.

Tertuduh boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh di dapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama di kira-kira pukul 12.30 tengah malam di lokasi sama pada 20 dan 21 Jun 2025.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zul Azrin Zainuddin, menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan, namun peguam Mohd Hanif Hassan yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan minimum dikenakan atas alasan anak guamnya menanggung ahli keluarga yang menghidap kanser serta menjaga anak saudara Orang Kurang Upaya (OKU) mental.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta menetapkan sebutan semula kes pada 6 Julai depan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img