Penduduk lega lupus kereta tersadai, mudahkan parkir di PPR

PROGRAM pelupusan kenderaan buruk dan tersadai secara sukarela memberi kelegaan kepada penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berdepan masalah kekurangan parkir.

Seorang penduduk, Hasnah Othman, 50, berkata dia mengambil keputusan melupuskan kenderaannya yang sudah lama tidak digunakan bagi memudahkan urusan parkir penduduk lain.

“Bagi saya, kalau kereta yang tak naik tu elok dah lupuskan. Sebab PPR ni kereta banyak. Orang lain nak parkir bila kereta kita tak jalan. Lagi satu, orang lain nak parkir pun susah.

“Balik malam pun susah nak dapat parkir. Itu yang saya fikir-fikir,” katanya ketika ditemui selepas majlis peluncuran program pelupusan kenderaan buruk dan tersadai secara sukarela di Pantai Ria, Lembah Pantai.

Menurutnya, proses pelupusan juga mudah kerana semua urusan dikendalikan pihak penyedia perkhidmatan tanpa perlu ke mana-mana pejabat.

“Dia senang memudahkan saya lah. Saya tak perlu pergi sana, pergi sini,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Muhammad Shakirin Mohd Jumat, 28, memaklumkan kenderaan berusia 23 tahun itu sudah tidak berbaloi untuk dibaiki selain sukar dijual berikutan keadaannya yang uzur.

“Saya nak baiki pun mana boleh… kereta tu dah tersadai kan. Saya pun cuba jual tapi orang pun macam tak nak sangat sebab kondisi dia pun tak elok sangat.

“Jadi, daripada baiki, lupus lah. Senang,” katanya.

Program pelupusan secara sukarela itu diperkenalkan bagi mengurangkan jumlah kenderaan tersadai di kawasan perumahan padat sekali gus membantu menangani masalah parkir dan kesesakan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img