Pengampunan Jho Low: Malaysia tidak terpengaruh pendirian AS

MALAYSIA akan terus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan tidak akan mengubah pendirian walaupun Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mempertimbangkan pemberian pengampunan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan yang dibuat Kerajaan AS adalah urusan negara itu dan tidak akan mempengaruhi pendirian Malaysia.

“Malaysia, pendirian Malaysia jelas, kita ikut jalur hukum. Itu soal keputusan negara Amerika Syarikat, urusan mereka. Namun, pendirian kita tidak terpengaruh, terganggu atau tergugat oleh keputusan AS,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Jho Low dilaporkan antara kira-kira 250 individu yang mungkin dipertimbangkan untuk menerima pengampunan Presiden AS, Donald Trump, sempena sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara itu pada 4 Julai.

Mengenai hasrat  AS untuk menyumbang RM1 juta bagi projek restorasi Tugu Negara sempena sambutan ulang tahun ke-70 Hari Kebangsaan Malaysia tahun depan, Anwar berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet minggu depan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img