Pengarah syarikat agensi pelancongan didakwa salah guna wang RM41,940

SEORANG pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang seorang lelaki berjumlah RM41,940.

Siti Fairuz Omar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Wanita berusia 38 tahun itu didakwa menyalahgunakan harta milik mangsa berusia 42 tahun, iaitu wang berjumlah RM41,940 di sebuah premis di Jalan 2/3 SIGC Paroi, Seremban antara 7 September 2025 hingga 19 November 2025.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi memohon jaminan RM6,000, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan RM1,000 kerana hilang punca pendapatan serta menanggung ibu yang sedang sakit.

Nurul Saqinah membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Mac depan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img