Pengerusi PN…siapa paling layak Hadi, Sanusi, Samsuri atau  Hamzah?

SELEPAS Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), kini timbul persoalan siapakah yang akan dilantik menggantikan bekas Perdana Menteri tersenut.

Sebelum ini Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu jawatan itu akan dibawa ke Majlis Tertinggi gabungan yang dianggotai presiden parti-parti komponen.

Setakat ini, sudah pastilah Pas yang menyatakan kesediaan untuk mengambil alih teraju PN berhak menentukan siapakah daripada parti itu akan menjadi Pengerusi PN.

Ia semakin hangat diperkatakan, apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, beliau bersetuju dengan cadangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor menjadi Pengerusi PN.

Kata beliau,  Sanusi digeruni lawan dan memahami politik negara tetapi Bersatu Kelantan pula tidak menolak  kemungkinan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu.

Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata ia mengambil kira status Pas dan Bersatu  selaku dua parti besar dalam gabungan berkenaan.

Malah, katanya sebelum ini pun Muhyiddin pernah menawarkan jawatan berkenaan kepada Abdul Hadi, namun ditolak Ahli Parlimen Marang itu.

“Memandangkan dalam PN hanya mempunyai dua parti besar iaitu Bersatu dan Pas berbanding parti lain, maka logiknya Pengerusi PN nanti adalah dari Pas,’’ katanya.

Selain Abdul Hadi, nama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Samsuri Mokhtar antara calon yang. dianggap  paling sesuai menduduki jawatan berkenaan.

Bagaimana dengan Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, beliau juga dolihat layak mengetuai PN? Namun berikutan apa yang berlaku di Perlis, kemungkinan jawatan Pengerusi PN tidak akan diberikan kepada Bersatu.  Seperkara lagi ,Muhyiddin masih lagi Presiden Bersatu yang bertanggungjawab penuh ke atas Bersatu, oleh itu agak janggal jika Hamzah menjadi Pengerusi PN.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img