Rakyat Malaysia berhak nikmati kehidupan lebih sejahtera, selamat – Hamzah

TIMBALAN Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, rakyat Malaysia berhak untuk menikmati kehidupan yang sejahtera dan selamat.

Katanya,   ancaman terhadap kehidupan, datang dari pelbagai punca seperti kemelesetan ekonomi, ketidakpastian polisi dan halatuju kerajaan, kegagalan menegakkan undang-undang, ketidakstabilan politik dan keruntuhan sistem sosial dan peradaban.

‘’ Atas kesedaran inilah, Perikatan Nasional (PN) mengemukakan Konsensus Nasional Baharu – satu gagasan yang bermatlamat membetulkan kembali kepimpinan negara, menghidupkan enjin pertumbuhan  Malaysia, menyuburkan kembali perpaduan nasional dan meletakkan negara di atas landasan sosio-ekonomi yang sewajarnya,’’ katanya dalam ucapan Tahun Baharu 2026 dari Mekah.

Beliau  menegaskan,  dalam konteks kehidupan harian rakyat, kegagalan  kerajaan mengurus ekonomi negara, menyebabkan rakyat makin sengsara.

‘’Masalah kos sara hidup, kenaikan harga barangan dan polisi ekonomi yang menekan melalui pengenalan pelbagai cukai kekal menghantui rakyat. Dalam persoalan memerangi rasuah, kita dapati terdapat proses keadilan yang penuh dengan persoalan. Ada ikon ‘maha kaya’ yang kisahnya menjadi sebutan media antarabangsa, tidak disentuh pihak berkuasa, manakala skandal video rasuah di Sabah pula hanya 2 pelaku sahaja didakwa,’’ katanya.

Hamzah berkata, selain itu, implikasi kedaulatan dan kesan jangka panjang kepada negara dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat terutamanya artikel 3.3 dan 5.1, juga menimbulkan kebimbangan berterusan.

Beliau turut menegaskan, sebagai sebuah negara, kerakusan sesetengah pihak membawa kepada tragedi kemusnahan perumahan dan harta benda seperti peristiwa di Putra Heights.

‘’ Kita juga melihat akibat kelalaian menjaga keselamatan dan amanah, telah menyebabkan banyak nyawa terkorban dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Gerik,’’ katanya.

Mengenai PN Hamzah berkata sebagai gerakan siasah,gabungan itu tidak dapat lari daripada ujian kematangan yang mendewasakan untuk memandu anggota komponen menjadi lebih istiqomah dan berdaya tahan.

Katanya, toleransi dan semangat berjiwa besar dalam saf kepimpinan bersama wajib diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan kestabilan negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img