Kanak-kanak 10 tahun lemas tergelincir dalam kolam buatan di Jeram Toi

SEORANG  kanak-kanak perempuan 10 tahun ditemukan lemas, selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam buatan di Taman Eko Rimba Jeram Toi, Jelebu, semalam.

Ketua Polis Jelebu, Superintendan Azizan Said, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pada 5.44 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa datang ke lokasi kejadian bersama ahli keluarga untuk berkelah. Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam kolam berkenaan.

“Ibu mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa tenggelam ke dasar kolam. Ibunya memaklumkan bahawa kanak-kanak itu tidak pandai berenang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bantuan pengunjung yang berada di tempat kejadian, menemukan mangsa di dasar kolam dan dia dibawa ke Hospital Jelebu untuk menerima rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia pada 2.58 petang.

Azizan berkata bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img