Bapa ditahan bantu siasatan kes seksual anak kandung

SEORANG lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes kesalahan seksual terhadap anak kandung di daerah Setiu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd Zain, berkata lelaki berusia 50 -an itu ditahan kira-kira jam 6 petang, susulan satu laporan polis dibuat anak perempuannya berusia 15 tahun enam bulan kira-kira jam 3.54 petang pada 15 Jun lalu.

“Berdasarkan laporan itu, ketika mangsa bersama adik perempuannya berada di rumah, bapa mangsa memanggil mangsa masuk ke bilik tidurnya pada kira-kira jam 12 tengah hari pada 29 Mei lalu.

“Semasa di bilik tidur itu, bapa mangsa melakukan perbuatan seksual kepada mangsa dan kemudian berpesan supaya tidak memberitahu sesiapa berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa mengalami kemurungan dan trauma akibat kejadian itu, malah kes berkenaan dikatakan dilakukan sejak mangsa berumur enam tahun lagi.

“Susulan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu membuat tangkapan terhadap lelaki itu kelmarin untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, Majistret Setiu semalam membenarkan suspek direman tujuh hari sehingga 27 Jun bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img