Peniaga barangan lusuh didakwa edar lebih 4kg heroin

SEORANG peniaga barangan lusuh dan kitar semula didakwa di Mahkamah Majistret Geotrgetown hari ini atas pertuduhan mengedar lebih empat kilogram dadah jenis heroin, baru-baru ini.

M Davendran mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Selvaranjini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki terbabit kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, Davendran didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 4,625 gram di tepi jalan sepanjang Jalan Tun Syed Barakbah, Padang Kota Lama, kira-kira jam 5 petang pada 17 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, dihukum tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lau Shavin manakala Davendran diwakili peguam Farah Hamizah Hasan Gani.

Semasa prosiding Lau Shavin tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img