Peniaga wanita warga emas trauma disamun 3 lelaki bersenjata parang

SEORANG peniaga wanita warga emas berdepan detik cemas apabila kedai runcit miliknya di Ketengah Jaya di Dungun, disamun tiga lelaki bersenjata dalam kejadian jam 1.45 petang semalam.

Mangsa yang berusia 70 tahun ketika itu sedang berniaga seorang diri, sebelum didatangi tiga lelaki yang bersenjatakan sebilah parang dan sebatang besi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, suspek dipercayai mengikat tangan serta menutup mulut mangsa menggunakan pita pelekat sebelum melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa.

“Antara barangan yang dilarikan adalah barang kemas yang dipakai mangsa, wang tunai, dua telefon bimbit dan dokumen peribadi, dengan anggaran kerugian puluhan ribu ringgit.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ab Halim berkata, polis kini giat mengesan ketiga-tiga suspek yang dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara berwarna kelabu.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img