Penjawat awam terima rasuah bawa masuk barang terlarang ke dalam penjara ditahan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara bagi kegunaan banduan.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 30 Julai 2026 terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berkhidmat di sebuah penjara di Bentong dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM4,500 daripada ahli keluarga beberapa banduan untuk membawa masuk bahan terlarang bagi kegunaan banduan yang terlibat.

Katanya, siasatan awal mendapati, wang rasuah itu dimasukan ke dalam akaun bank milik suspek antara Januari hingga Mac 2026.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img