Penolong juruteknik didenda RM2,500 ugut bunuh ibu kandung

SEORANG penolong juruteknik didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut mahu membunuh ibu kandungnya.

Majistret Mustaqim Sukarno menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Hazim Norman, 22, selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh serta rayuan pihak pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menakutkan secara jenayah terhadap ibunya, 63, dengan berkata, ‘Jangan sampai aku bunuh kau. Kau tengok satu hari nanti aku bunuh kau’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sentosa, kira-kira jam 10.20 malam, 6 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga ibu tertuduh membuat laporan polis selepas anaknya mengeluarkan ugutan untuk membunuhnya.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama tertuduh berada di rumah dan tertuduh dikatakan tidak berpuas hati terhadap ibunya.

Bertindak atas maklumat, polis menahan tertuduh di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah malam, 7 Ogos lalu bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here