Penunggang maut motosikal terbabas jatuh gaung di Gerik

SEORANG penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Puncak Gerik, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik hari ini.

Mangsa, Amir Afiq Adnan, 26, beralamat dari Bachok, Kelantan yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z250 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

KEADAAN motosikal ditunggang seorang lelaki yang terjatuh gaung sedalam 10 mengakibatkan penunggangnya maut di Puncak Gerik di Jalan Raya Timur Barat di Gerik pagi ini. GAMBAR: JBPM Perak

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada jam 10.09 pagi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai terbabas sendiri sebelum jatuh ke dalam gaung berkenaan.

“Ketua operasi melakukan penilaian awal di lokasi sebelum mengaplikasikan konsep SAVER bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Mangsa dibawa naik ke atas jalan menggunakan pengusung melalui laluan longkang bertingkat di lebuh raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayatnya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang melibatkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik itu tamat sepenuhnya pada jam 11.58 pagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img