Maut dirempuh ketika bantu rakan isi minyak kereta

SEORANG pemuda maut selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika membantu rakannya mengisi minyak kereta yang kehabisan di Kilometer 2.6 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli di Gerik petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dikatakan datang ke lokasi dengan menunggang motosikal selepas dihubungi rakannya yang memandu sebuah Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu rakannya itu kehabisan minyak sebelum dia menghubungi mangsa untuk datang membantu.

“Semasa kedua-dua mereka sedang mengisi minyak di tepi jalan, tiba-tiba sebuah kereta tidak dikenal pasti dipercayai berwarna putih dari arah Jeli ke Gerik telah melanggar mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Samad berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.50 malam tadi ketika menerima rawatan, manakala pemandu Proton Saga tersebut tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-791 2222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img