Penunggang motosikal langgar dua murid tampil buat laporan polis

PENUNGGANG motosikal yang melanggar dua murid sekolah rendah ketika sedang melintas jalan di hadapan sebuah sekolah di Permatang Pauh, semalam, tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, penunggang berkenaan hadir ke bahagian trafik susulan kejadian pada jam 7.20 pagi itu.

“Penunggang berkenaan hadir ke balai polis trafik untuk membuat laporan polis dan tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kedua-dua murid berusia lapan dan sembilan tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa dilanggar ketika menggunakan lintasan pejalan kaki dalam perjalanan ke sekolah.

Polis turut mengesan rakaman video berdurasi 30 saat mengenai kejadian berkenaan yang tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman itu, kedua-dua mangsa pada mulanya dilihat melintas jalan menggunakan lintasan pejalan kaki sambil ditemani seorang lelaki dewasa.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya memimpin kedua-dua murid sehingga ke pertengahan jalan sebelum berpatah balik.

Ketika itu, sebuah motosikal tiba dan merempuh kedua-dua mangsa.

Menerusi rakaman sama, penunggang motosikal dilihat berhenti seketika sebelum memberikan penjelasan kepada pengawal keselamatan sekolah yang bergegas memeriksa keadaan kedua-dua murid.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here