Sayap UMNO Tanjong Karang buat laporan polis, tindakan hina Sultan tidak boleh diterima

UMNO Bahagian Tanjong Karang hari ini membuat laporan polis terhadap tindakan biadab pihak yang membuat hantaran jelik dan menghina institusi Diraja serta Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, laporan polis itu menuntut pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas tegas terhadap individu yang terlibat menghina Perlembagaan negara.

“Negara kita ada Perlembagaan dan institusi Diraja yang tidak patut dihina sama sekali,” katanya.

Beliau sebelum itu bersama sayap Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjong Karang berhubung kes hantaran jelik dengan suntingan gambar yang menghina Sultan Selangor.

Menurut Sulaiman, laporan polis itu dibuat kerana kebimbangan yang tinggi kepada keharmonian masyarakat berbilang kaum.

“Perkara ini hangat diperkatakan orang ramai lebih-lebih lagi sebelumnya kecoh isu penternakan babi.

“Kami mahu pihak berkuasa lebih tegas dan melakukan siasatan dengan tulus,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, siasatan kes hantaran jelik dengan suntingan gambar yang menghina Sultan Selangor kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, laporan polis sudah diterima berkaitan dengan insiden itu, kertas siasatan sudah dibukakan dan siasatan dijalankan.

“Namun siasatan kini sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, yang mana pada peringkat awal Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sudah menjalankan siasatan.

Sementara itu, Sulaiman turut merujuk kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki susulan ucapannya berhubung penternakan babi secara moden di Selangor.

“Kami mengharap beliau tampil memohon maaf kerana sudah membuat keresahan kepada orang ramai khususnya kepada Sultan Selangor dan Istana.

“Dengan permohonan ini ia dapat mengembalikan keharmonian semula politik dalam negeri,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img