Penyasaran subsidi diesel: Beri manfaat kepada lebih 700,000 pengguna seluruh negara

PENYASARAN  subsidi diesel itu dijangka memberi manfaat besar kepada lebih 700,000 pengguna di seluruh negara merangkumi kira-kira 400,000 pengguna di Semenanjung serta 300,000 pengguna di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah berkata,  bagi penerima sedia ada Budi Diesel Individu, bantuan tunai bulanan RM400 akan digantikan dengan subsidi diesel secara langsung melalui pengesahan MyKad di stesen minyak dengan penerima sedia ada akan dipindahkan ke mekanisme baharu ini secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan tambahan.

Di samping itu, katanya, (Skim Kawalan Diesel Bersubsidi) SKDS turut diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak untuk membolehkan sekitar 70,000 kenderaan komersial yang layak terutamanya kenderaan pengangkutan barangan pengguna untuk menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter melalui penggunaan fleet card syarikat minyak.

“BUDI Diesel merupakan kesinambungan usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan manfaat subsidi diesel terus dinikmati oleh rakyat secara lebih bersasar, di samping mengurangkan ketirisan, penyalahgunaan dan aktiviti penyeludupan yang membebankan kewangan negara.

“Penurunan harga diesel bersubsidi adalah salah satu cara bagaimana penjimatan ini disalurkan semula kepada rakyat, begitu juga dengan inisiatif seperti bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah yang ditingkatkan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup terhadap golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media di Putrajaya bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Amir Hamzah berkata,  BUDI Diesel akan disepadukan dengan BUDI MADANI RON95 (BUDI95), dengan MyKad digunakan sebagai alat pengesahan kelayakan subsidi. 

‘’Pembayaran pembelian bahan api boleh dibuat seperti biasa menggunakan kaedah pembayaran yang tersedia di stesen minyak seperti tunai, kad kredit, kad debit dan e-wallet terpilih.

“Sebagai persediaan pelaksanaan penuh pada 1 Julai 2026, akses awal BUDI Diesel akan dibuka mulai 27 Jun 2026 kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di Semenanjung Malaysia,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img