Pesakit maut, 11 cedera ambulans bertembung van  di Kinabatangan

SEORANG pesakit strok maut selepas ambulans dinaikinya bertembung dengan sebuah van berhampiran Jalan Kampung Paris 1, di Kinabantangan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt D Ravi berkata kemalangan kira-kira 9.40 pagi itu turut menyebabkan 11 individu cedera terdiri daripada pemandu ambulans, pemandu kedua, seorang doktor serta seorang jururawat berada dalam  ambulans selain tujuh individu menaiki van berkenaan.

Beliau berkata kesemua yang cedera kini dirawat di zon hijau Hospital Kinabatangan.

“Kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu. Ketika melalui jalan berselekoh, sebuah van memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan ambulans,” katanya yang dihubungi Bernama.

Beliau berkata pesakit itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan kemalangan berkenaan sedang disiasat  lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img