Pesawat milik Indonesia Air Transport bawa 11 orang dipercayai terhempas di Sulawesi Selatan

SEBUAH pesawat ATR milik Indonesia Air Transport membawa 11 orang di dalamnya ditemukan terhempas di kaki Gunung Bulusaraung, Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan hari ini.

Penemuan itu disahkan selepas rakaman video seorang pendaki menunjukkan serpihan pesawat yang terbakar di kawasan puncak gunung tersebut.

Sebelum itu pesawat tersebut terputus dan  Pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Makassar telah digerakkan untuk menjalankan operasi pencarian dengan tumpuan di kawasan Leang-leang.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar itu dilaporkan terputus hubungan sekitar pukul  1.17 tengah hari waktu Indonesia Timur (WITA). Berdasarkan data yang dikumpulkan Basarnas, kedudukan terakhir pesawat dipercayai berada di sekitar Leang-leang, Kabupaten Maros, lapor mediaindonesia.com.

Ketua Seksyen Operasi Basarnas Makassar, Andi Sultan, berkata pasukan yang terdiri daripada 25 anggota telah dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi menjalankan usaha pencarian dan penelusuran.

“Anggota masih dalam perjalanan ke lokasi. Maklumat sementara menunjukkan kawasan tumpuan pencarian adalah di Leang-leang,” katanya.

Maklumat awal mengenai kehilangan pesawat itu diperoleh daripada AirNav Makassar, yang turut menyalurkan maklumat sokongan termasuk data terperinci berkaitan jumlah penumpang dan kru pesawat.

 Difahamkan, pesawat tersebut membawa lapan kru dan tiga penumpang.

Dalam operasi pencarian ini, Basarnas Makassar menggerakkan beberapa peralatan sokongan termasuk dron, trak pengangkut anggota serta kenderaan penyelamat. Usaha pencarian difokuskan di kawasan Maros hingga Pangkep, susulan laporan terakhir yang menyebut pesawat berada di sekitar kawasan berkenaan.

Perkembangan terbaru menyatakan pasukan penyelamat kini menumpukan perhatian di  kawasan pegunungan Leang-leang, Maros, Sulawesi Selatan selepas penduduk melihat  kepulan asap dan mendengar bunyi letupan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img