PH tidak namakan  ‘poster boy’, calon MB demi hormati institusi istana -Maszlee

PAKATAN Harapan (PH) tidak menamakan mana-mana calon sebagai ‘poster boy’ gabungan itu bagi PRN Johor kerana menghormati institusi istana.

 Calon PH bagi kerusi Puteri Wangsa, Dr.Maszlee Malik  berkata, gabungan berkenaan berpendirian tidak perlu mengumumkan calon Menteri Besar sebelum keputusan PRN diketahui kerana pelantikan jawatan itu akhirnya terletak pada kuasa Sultan Johor.

“Kami mengiktiraf peranan istana dan tidak mahu mendahului sebarang keputusan mengenainya. Sebaliknya, kami menawarkan barisan calon yang berwibawa dan bersedia untuk berkhidmat kepada negeri serta rakyat,” katanya lapor The Star.

Bekas Menteri Pendidikan itu ditanya mengenai keputusan PH tidak menampilkan sebarang poster boy sepanjang kempen PRN Johor.

Pada sesi dialog beliau di Iskandar Puteri semalam, itu, Maszlee berkata pengalaman lalu menunjukkan pengumuman calon menteri besar sebelum pilihan raya tidak semestinya menentukan siapa yang akhirnya dilantik menerajui kerajaan negeri.

Beliau merujuk PRN Johor pada 2022, apabila Barisan Nasional menamakan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai calon Menteri Besar, namun Datuk Onn Hafiz Ghazi akhirnya dilantik memegang jawatan itu.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Maszlee disebut-sebut sebagai pilihan PH bagi jawatan Menteri Besar.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img