Piala ASEAN FIFA : PM ucap tahniah kepada Harimau Malaya

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya atas kejayaan menewaskan Vietnam sekali gus meraih tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026.

Anwar berkata kejayaan itu turut menyaksikan skuad kebangsaan menamatkan saingan kejohanan berkenaan tanpa kalah.

“Terima kasih kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas kesungguhan dan semangat juang demi lencana di dada,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut menitipkan kata-kata semangat kepada skuad kebangsaan untuk terus melangkah dan berjuang dalam mengharumkan nama negara.

Dalam nada berseloroh, Anwar menerusi hantaran sama turut mengingatkan bahawa tiada cuti umum diberikan susulan kejayaan berkenaan.

“Tiada cuti umum ya, termasuk buat warga luar yang bekerja di Malaysia. Esok kerja seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, Malaysia menamatkan penantian 12 tahun untuk menewaskan Vietnam selepas mencatat kemenangan 1-0 pada aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta hari ini.

Pemain gantian Fergus Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-62 sekali gus memastikan skuad kendalian ketua jurulatih sementara Tan Cheng Hoe menamatkan kempen di tempat ketiga.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here