PM beri taklimat keputusan strategik kedaulatan negara kepada pengurusan Kementerian Pertahanan, pimpinan ATM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi taklimat berhubung beberapa keputusan strategik yang menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan negara dalam mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, Kuala Lumpur hari ini.

Melalui Facebook beliau, Perdana Menteri berkata, perbincangan itu amat mustahak bagi memastikan kesiapsiagaan serta keupayaan ATM terus diperkasa dalam mendepani cabaran dan ancaman geo-strategik yang semakin kompleks.

‘’ATM kekal sebagai benteng utama pertahanan negara dan simbol kedaulatan yang wajib dipelihara,’’ katanya.

Dalam mesyuarat itu Anwar berkata, beliau turut tmenegaskan kepentingan aspek kebajikan warga Kementerian Pertahanan, khususnya berkaitan isu perumahan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga anggota.

‘’Kerajaan MADANI kekal fokus untuk terus meletakkan kebajikan pegawai, anggota serta keluarga pasukan keselamatan sebagai keutamaan,’’ katanya.

Selepas mesyuarat Anwar menghadiri majlis tazkirah di Masjid Khalid Bin Al Walid sempena program Ihya Ramadan bersama warga kementerian, dan kemudiaan menunaikan solat Zuhur bersama-sama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img