PM dibenar pulang ke rumah selepas jalani fisioterapi

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan fisioterapi susulan pembedahan laparoskopi secara elektif yang dijalaninya bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) pada Isnin lalu.

Perdana Menteri berkongsi perkembangan itu melalui Facebooknya malam ini.

“Alhamdulillah, back home (kembali ke rumah),” katanya yang turut berkongsi gambar beliau sedang membaca buku bertajuk In the Realm of the Last Man karya Francis Fukuyama.

Perdana Menteri selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut pada Isnin lalu.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah dilaporkan berkata, prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

Perdana Menteri kemudian menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here