PM lancar Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim

DATUK Seri Anwar Ibrahim semalam melancarkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam sebagai usaha memperkasa pembangunan bola sepak akar umbi serta mencungkil bakat muda negara.

Perdana Menteri berkata, akademi berkenaan bukan sekadar pusat latihan, malah menjadi medan membentuk disiplin, semangat juang dan keyakinan dalam kalangan generasi muda.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Saya percaya masa depan sukan negara bergantung kepada usaha membentuk bakat muda dengan nilai kerja keras, adab dan iltizam yang tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri turut berharap akademi itu dapat melahirkan lebih ramai bakat muda yang mampu mengharumkan nama negara di pentas lebih tinggi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img