DATUK Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota dan veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atas khidmat bakti, jasa serta dedikasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
Menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-68 hari ini, Perdana Menteri berkata, TUDM sejak sekian lama kekal menjadi benteng pertahanan ruang negara dengan penuh keberanian, profesionalisme dan pengorbanan.

“Khidmat bakti, jasa dan dedikasi seluruh anggota dan veteran TUDM amat dihargai dalam memastikan kedaulatan, keselamatan dan keamanan Malaysia terus terpelihara.
“Al-Fatihah buat anggota TUDM yang telah pergi menghadap Ilahi, moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata beliau dalam hantaran itu.
Perdana Menteri turut mendoakan agar pasukan itu terus unggul, berwibawa dan sentiasa bersedia menggalas amanah demi keselematan negara.
Hari TUDM disambut pada 1 Jun setiap tahun bagi memperingati penubuhannya sebagai pasukan pertahanan ruang udara negara.


