PM ucap takziah pemergian bekas Ketua Hakim Negara

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Mohamed Eusoff Chin yang meninggal dunia pagi ini.

Anwar berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara, khususnya institusi kehakiman yang pernah menerima sumbangan besar sepanjang perkhidmatannya.

“Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Mohamed Eusoff Chin, bekas Ketua Hakim Negara, yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

“Allahyarham telah mencurahkan khidmat yang besar kepada negara, khususnya dalam memperkukuh institusi kehakiman sepanjang perjalanan kerjayanya. Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham serta mengurniakan tempat dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img