PMO nafi keluar surat kelulusan projek inisiatif pembiayaan swasta

PEJABAT  Perdana Menteri (PMO) menegaskan bahawa surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri telah diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya PLUS adalah palsu.

Dalam satu kenyataan, PMO menegaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat tersebut.

‘’ Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan,’’ kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri.

‘’Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,’’ kata kenyataan berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here