Polis dibenarkan sambung reman suspek kes letupan di Nilai seminggu lagi

TEMPOH tahanan reman ke atas suspek lelaki yang kini disiasat berhubung kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau improvised explosive device (IED) di Desa Palma, Nilai pada 22 Disember lalu disambung selama tujuh hari mulai esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 62 tahun itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban berikutan tempoh reman akan berakhir hari ini.

“Perintah reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 dan 435 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny sebelum ini dilaporkan berkata, suspek kes letupan pada pagi 22 Disember lalu itu ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada jam 4.15 petang 27 Disember dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.

Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img