Polis siasat dakwaan dua murid dibuli, ditendang rakan sekelas

POLIS membuka siasatan berhubung dakwaan dua murid sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu menjadi mangsa buli dan serangan fizikal oleh seorang rakan sekolah selepas menerima laporan daripada bapa mangsa pada 7 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, laporan dibuat selepas pengadu mendakwa kedua-dua anaknya diganggu dan diserang secara fizikal oleh seorang murid lelaki.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian pertama dipercayai berlaku pada 6 Julai apabila mangsa perempuan berusia 12 tahun didakwa ditendang pada bahagian belakang kepala oleh rakan sekelasnya.

“Pada keesokan harinya pula, adik mangsa yang belajar di sekolah sama didakwa ditendang pada bahagian perut oleh murid lelaki yang sama.

“Akibat kejadian itu, mangsa perempuan mengalami sakit kepala manakala mangsa lelaki berada dalam keadaan trauma dan ketakutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pengadu turut mendakwa suspek sering mengganggu kedua-dua mangsa menerusi panggilan berunsur hinaan selain melakukan gangguan fizikal di dalam kelas.

Katanya, gangguan itu dipercayai berlaku secara berterusan sejak awal sesi persekolahan.

Syed Lot berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti penuh suspek serta merakam percakapan mangsa, saksi, guru dan pihak pentadbiran sekolah.

“Pemeriksaan perubatan ke atas kedua-dua mangsa juga telah dijalankan bagi menentukan tahap kecederaan yang dialami.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 507(b) Kanun Keseksaan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img