Mohd Shuhaily ditempatkan semula di Bukit Aman

KETUA Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ditempatkan semula dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 24 November lalu.

Beliau yang berpangkat Komisioner Polis (CP) difahamkan bertukar ke Urus Setia Ketua Polis Negara (Perancangan Strategik/Perhubungan Antarabangsa) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sumber terdekat ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai pertukaran berkenaan.

“Ya, betul,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, media sedang berusaha mendapatkan pengesahan rasmi daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berhubung perkara berkenaan.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam kejadian September lalu.

Beliau kemudian hadir semula di Mahkamah Majistret Sepang pada 25 November lalu bagi prosiding sebutan semula kes berkenaan.

Sebelum dilantik mengetuai AKPS pada 1 Julai tahun lalu, Mohd Shuhaily pernah memegang jawatan Ketua Polis Pulau Pinang, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here