Polis tahan guru bantu siasatan cabul pelajar lelaki

POLIS  menahan seorang guru lelaki bagi membantu siasatan dakwaan salah laku seksual membabitkan mangsa pelajar sekolah yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Besut Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahman berkata lelaki berusia 41 tahun yang mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan kira-kira 3 petang tadi.

“Penahanan dibuat susulan dua laporan diterima polis daripada dua pelajar hari ini. Turut dirampas sebuah telefon bimbit. Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman,” katanya lapor Bernama.

Isu seorang guru lelaki didakwa mencabul pelajar lelaki di Besut tular selepas seorang pemilik akaun Facebook memuat naik hantaran itu sejak beberapa hari lepas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img