Polis Turkiye siasat  warga Arab Saudi maut akibat keracunan makanan

SIASATAN  sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Turkiye berhubung kematian seorang warga Arab Saudi yang dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di sebuah restoran hotel di Istanbul

Mangsa, seorang lelaki berusia 82 tahun dikenali sebagai Saeed Suwailam Al-Mohammadi, dilaporkan melancong ke Istanbul bersama isterinya dan menginap di sebuah hotel di daerah Sisli.

Menurut laporan akhbar Okaz, kejadian dipercayai bermula apabila mangsa mengalami simptom seperti keletihan dan muntah berterusan sehari selepas menikmati hidangan di restoran berkenaan, dipercayai hidangan ayam.

Beliau kemudian mendapatkan rawatan di hospital sebelum dibenarkan pulang, namun keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

Pasukan kecemasan kemudian dipanggil ke hotel penginapan mangsa, sebelum beliau ditemui tidak bernyawa.

Pihak berkuasa Turkiye telah mengambil sampel makanan termasuk daging dari restoran berkenaan bagi tujuan analisis, selain memeriksa tahap kebersihan premis hotel terlibat.

Siasatan turut melibatkan beberapa individu termasuk pengurus restoran, tukang masak dan pegawai hotel, namun kesemuanya telah dibebaskan di bawah pengawasan kehakiman.

Sumber siasatan memaklumkan tempoh antara pengambilan makanan dan kemunculan simptom adalah sekitar 20 hingga 23 jam, dengan keracunan makanan kini menjadi antara fokus utama siasatan.

Pihak berkuasa turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran yang dipercayai merakam mangsa ketika sedang menjamu selera.

Siasatan lanjut masih diteruskan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img