PRN Negeri Sembilan: 65.38 peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang – SPR

SEBANYAK 65.38 peratus atau 562,133 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar, telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat jam 4 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 72.1 peratus, diikuti DUN Seri Menanti dan DUN Labu, masing-masing sebanyak 70.9 peratus.

DUN Lobak, Bahau dan Lukut merekodkan peratusan keluar mengundi terendah, masing-masing sebanyak 59 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 61.89 peratus atau 518,737 daripada 838,200 pengundi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img