PRU16: Penyatuan politik Melayu dah terlambat

SEMUA  orang menjangkakan Kerajaan Madani akan membuat kejutan tarikh PRU16.
Ia akan diadakan bila-bila masa yang Perdana Menteri fikirkan baik baginya.

Orang Melayu akan terus menerus bersembang agenda penyatuan politik
Melayu. Dengan kekuatan demografi bumiputera sekitar 71.0% penduduk negara ini,
tatkala GPS di Sarawak kian kukuh, manakala GRS di Sabah mula membina
tapak, agenda penyatuan politik Melayu terletak di tangan orang Melayu dan
bumiputera di Semenanjung Tanah Melayu.

Cukup masak dengan kerenah pemimpin politik Melayu yang saban hari ada saja parti politik baharu tertubuh, agenda penyatuan institusi politik Melayu hanya hangat sebagai tajuk sembang-sembang di warung kopi usang, yang sama usangnya dengan usia kebanyakan pemipin politik Melayu.

Keusangan warung kopi itu juga sama dengan betapa usangnya pola pemikiran, dendam kesumat, ego dan ketamakan kuasa pemimpin-pemimpin yang usang itu. Tiada agenda transformasi minda dalam kalangan mereka. Tiada. Namun, merekalah yang paling kuat berhujah agenda penyatuan politik Melayu. Cakap tak serupa bikin.

Orang Melayu akan terus jadi kaum majoriti yang terpinggir di negara sendiri. Bukan kerana salah Perlembagaan Persekutuan, yang jika dibaca sejarah penggubalannya, cukup menghibakan.

Malangnya, generasi semasa tak ambil peduli pun akan sejarah itu. Melayu buta sejarah. Bukan kerana orang Melayu lemah mentransformasi minda dan jati dirinya, seolah-olah terlalu menaruh harapan dan bergantung nasib kepada pemimpinnya.

Bukan kerana tahap daya cipta, daya saing dan daya produktivitinya rendah atau lemah, seolah-olah mereka kurang ambil peduli akan peluang yang terhidang. Bukan itu semua.

Orang Melayu sebenarnya terperangkap dalam agenda diskriminasi bangsa yang dibina sekian rupa oleh pemimpinnya sendiri, agar mereka boleh diperdayakan dengan mudah, dengan agenda-agenda kepimpinan yang sebenarnya terlalu mementingkan kegelojohan kuasa dan pelbagai sifat mazmummah dalam kalangan mereka yang bergelar pemimpin.

Nasiblah orang Melayu, yang dipimpin oleh pemimpin sedemikian. Keputusan PRU16 tidak akan mengubah lanskap politik negara.

Pola dan keutamaan kepimpinan negara pasca PRU16 tidak banyak berbeza
daripada apa yang ada ketika ini. Pasrahlah dan terima sajalah apa yang akan terjadi pasca PRU16 nanti.

*Penulis adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img