Quranic MADANI tenangkan hiruk-pikuk di Bukit Bintang

KESIBUKAN dan hiruk-pikuk di pusat tumpuan pelancong Bukit Bintang malam ini bertukar menjadi tenang dan mendamaikan apabila kawasan itu menjadi lokasi penganjuran program kerohanian ‘Quranic MADANI: Night Reset’.

Program bertemakan ‘Bersatu Dalam Saf’ yang berlangsung dari jam 8 malam hingga 11 malam itu menghimpunkan pengunjung untuk bersama-sama mengimarahkan malam Jumaat menerusi pelbagai pengisian rohani di tengah ibu kota.

PERSEMBAHAN nasyid sempena program Quranic MADANI di Bukit Bintang malam ini

Antara pengisian utama program adalah solat fardu Isyak dan solat sunat hajat berjemaah selain bacaan Surah Al-Mulk yang bermula jam 9 malam.

Program itu turut diserikan dengan tausiah daripada pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Farkhan Da’ie, Maulana Khairi dan Ustaz Haris Ismail bagi menyampaikan peringatan serta motivasi kerohanian kepada pengunjung.

Dalam masa sama, kumpulan nasyid Rabbani memeriahkan suasana menerusi dua persembahan khas pada jam 9.45 malam dan 10.10 malam sebelum majlis perasmian diadakan pada jam 10.40 malam.

Penganjur turut mengajak orang ramai hadir beramai-ramai sambil menasihatkan pengunjung membawa sejadah sendiri bagi memudahkan urusan sepanjang program berlangsung.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img