Raja Salman tegaskan Arab Saudi komited sokong keamanan sejagat

RAJA Arab Saudi, Salman Abdul Aziz Al-Saud menegaskan usaha berterusan negara itu dalam menyokong keamanan dan kestabilan sejagat, khususnya ketika berdepan cabaran  semasa di Asia Barat.

Baginda turut mengulangi pendekatan konsisten kerajaan dalam menangani krisis serta memperkukuh keselamatan.

Dalam perutusan sempena Aidilfitri 1447 Hijrah, Raja Salman menyampaikan ucapan tahniah kepada rakyat, penduduk serta umat Islam di seluruh dunia, diiringi doa agar dikurniakan keamanan, keselamatan dan kemakmuran.

Ucapan tersebut disampaikan bagi pihak baginda oleh Menteri Media, Salman Al-Dosari.

Baginda memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada umat Islam menyempurnakan ibadah puasa Ramadan serta pelbagai amalan, sambil berharap agar segala amal diterima.

Raja Salman turut menekankan komitmen berterusan kerajaan dalam berkhidmat kepada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta para jemaahnya.

Menurut baginda, segala sumber telah digerakkan bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan para jemaah—selaras dengan pendekatan yang diamalkan sejak penubuhan kerajaan.

Baginda juga menyatakan bahawa jutaan umat Islam dapat menunaikan umrah dan beribadah di kedua-dua masjid suci itu sepanjang Ramadan dengan lancar dan tenang, hasil perkhidmatan bersepadu serta dedikasi rakyat Saudi.

Baginda mengakhiri perutusan dengan mendoakan keselamatan anggota tentera yang bertugas di sempadan, serta memohon agar Arab Saudi, dunia Islam dan seluruh dunia terus dikurniakan keamanan, kestabilan dan kemakmuran berpanjangan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img