DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terharu apabila menerima kiriman kad ucapan Aidilfitri yang dihasilkan secara kreatif oleh rakyat Malaysia termasuk pelajar.
Melalui Facebook beliau, Perdana Menteri menunjukkan sebahagian kad-kad tersebut dan membalasnya.

“Alhamdulillah, terharu betul saya apabila terima pelbagai kad ucapan Aidilfitri yang penuh warna-warni hasil kreativiti anak-anak, ada yang lukis, ada yang siap berlampu, memang kreatif habis!
“Terima kasih yang tidak terhingga, semuanya amat saya hargai! Salam lebaran buat semua,” kata beliau.


