Rakyat Palestin di Gaza tetap buat persiapan sambut Ramadan

WALAUPUN hidup dalam serba kekurangan berikutan penjajahan tentera Israel namun penduduk di Semenanjung Gaza tetapi membuat persiapan untuk menyambut bulan suci Ramadan, yang dijangka bermula pada Rabu atau Khamis ini, selepas dua tahun peperangan yang dahsyat serta dalam keadaan gencatan senjata yang rapuh.

Di sebalik kemusnahan yang masih jelas kelihatan, suasana di Gaza kembali sedikit meriah menjelang Ramadan. Tanglung buatan tangan dan hiasan berwarna-warni menghiasi jalan-jalan yang rosak serta khemah-khemah sementara yang menjadi tempat perlindungan keluarga yang kehilangan rumah.

Seorang kanak-kanak, Mohammad Sabry Al-Fouj, mencuri perhatian apabila menghasilkan tanglung Ramadan tradisional menggunakan tin minuman kosong. Kreativiti itu muncul sebagai tindak balas terhadap sekatan import tanglung hiasan ke wilayah yang dikepung tersebut.

Walaupun banyak keluarga masih tinggal di dalam khemah akibat kemusnahan kediaman, mereka tetap menghias tempat perlindungan dengan lampu dan tanglung sebagai simbol harapan dan usaha mengekalkan tradisi.

Ramadan kali ini merupakan tahun ketiga berturut-turut rakyat Palestin di Gaza menyambutnya dalam suasana konflik, sekatan bantuan kemanusiaan, serta gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat tetapi sering dilaporkan dilanggar.

Di tengah-tengah segala kesukaran, persiapan sederhana ini mencerminkan ketabahan dan semangat masyarakat Gaza untuk terus mengekalkan identiti, budaya dan harapan mereka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img