RCI Tabung Haji: Sidang Khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos

SIDANG khas Dewan Rakyat bagi membincangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini.

Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengenai sidang khas berkenaan yang bermula 10 pagi.

“11 Ogos, sesi khas Parlimen. Saya dah bincang, speaker pun dah setuju, (bermula) 10 pagi hingga petang,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan ibu pejabat baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank, lapor FMT.

RCI itu ditubuhkan pada 2021 bagi menyiasat aspek pengurusan, operasi dan urusan berkaitan aset TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, susulan kebimbangan terhadap tadbir urus serta kedudukan kewangan institusi tersebut.

Laporan RCI tersebut dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar berkata institusi kewangan mesti menegakkan integriti dan tadbir urus yang baik bagi mengekalkan kepercayaan rakyat serta memastikan kelangsungan kejayaan untuk jangka panjang.

Beliau berkata laporan RCI mengenai TH menjadi peringatan tentang pentingnya integriti dalam pengurusan institusi kewangan.

“TH hampir tersungkur kerana kecuaian dalam mengurus institusi, termasuk aspek kewangannya, akibat kegelojohan, tamak haloba dan nafsu serakah yang merosakkan amanah.

“Alhamdulillah, perkara itu dapat dikesan lebih awal dan dipulihkan,” katanya.

Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa TH akan terus muncul sebagai institusi yang cemerlang susulan usaha pemulihan yang telah dilaksanakan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img