SPRM, CAAM jalin kerjasama perkukuh pengurusan barangan berbahaya

BAHAGIAN Penyiasatan Tata Kelola (BPT) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan beberapa syor penambahbaikan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi memperkukuhkan pengurusan Barangan Berbahaya (Dangerous Goods-DG).

Syor penambahbaikan itu dikemukakan susulan siasatan tata kelola berhubung insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

GAMBAR: SPRM

SPRM dalam kenyataan berkata, syor utama yang dikemukakan adalah penggunaan mesin pengimbas berteknologi tinggi berasaskan kecerdasan buatan (AI) oleh semua pengendali terminal kargo yang mengendalikan DG.

“BPT turut mencadangkan agar Unit DG diperkasakan melalui penambahan pegawai serta penaiktarafan sistem sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Persetujuan terhadap syor tersebut dimeterai menerusi penandatanganan Laporan Penambahbaikan Tata Kelola oleh Kapten Mohd Radzi Mohamad Alias dan Pengarah Bahagian Penyiasatan Tata Kelola SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Mohd Zaki Hassan.

Laporan berkenaan telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah II BPT, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Ahmad Shukri Mohamad Taib.

Sementara itu, CAAM menyambut baik syor yang dikemukakan dan komited melaksanakannya secara berperingkat.

Katanya, kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen berterusan SPRM dan CAAM dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan pematuhan serta memastikan pengendalian barangan berbahaya dilaksanakan mengikut standard keselamatan penerbangan antarabangsa.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img