Remaja 16 tahun hilang ketika keluar bersiar-siar di Pantai Teluk Ketapang

POLIS sedang giat mengesan seorang remaja perempuan Amiratul Husna Mohd Shany, 16,  yang hilang ketika keluar bersiar-siar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang di Kuala Nerus, Kuala Terengganu pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan kehilangan remaja itu dibuat oleh bapanya pada petang 30 Mei lalu.

Menurut beliau, remaja itu merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Marang.

“Siasatan awal mendapati pada 29 Mei lalu, jam 6 petang keluarga Amiratul Husna membawanya keluar bersiar-siar di sekitar Pantai Teluk Ketapang di Kuala Nerus.

“Semasa berada di sekitar tapak perniagaan Teluk Ketapang, remaja itu didapati hilang selepas memberitahu bapanya mahu pergi ke lokasi ibunya yang berada 10 meter dari tempat dia berada,” katanya.

Menurut Azli, bapa remaja itu cuba menghubungi telefon bimbit dan mencarinya di kawasan sekitar namun gagal dan sehingga kini tidak ditemukan.

“Amiratul Husna mempunyai telefon bimbit namun nombor telefonnya tidak aktif sejak kehilangannya.

“Sebelum hilang, remaja itu dilihat berpakaian T-shirt lengan panjang dan seluar slack berwarna hitam serta tudung berwarna ungu bercorak petak. Berkulit sawo matang, ketinggian lebih kurang 152 sentimeter, berat badan 50 kilogram,” katanya.

Menurutnya, siasatan diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH) dan polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Siti Nor Izani Md Shahir di talian 016-794 3735.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img